Friday, 28 September 2012

Parit dan paip getah


Kalau ingat balik zaman bebudak dulu memang kompem boleh buat kita senyum sensorang,macam gua sekarang ni tengah duk senyum sebab gua ada banyak pengalaman advanture dikala umur bersekolah rendah. Every moment kita enjoy hidup kita ye dak? Pada gua zaman bebudak dulu hanyalah berrutinkan main,makan dan tidur. Ini hari haa ambik kau,nak kena pikir pasal asaimen,kelas,duit,kengkawan, masa depan dan tak terkecuali masalah pakwe-makwe bagi orang yang berkapel ni. Kapel pun kalau takda timbulkan masalah ok la tapi apa yang gua dapat lihat sekarang maksiat berleluasa akibat kapel..Aah malas gua nak pikir masalah tu,sama-samalah kita bermuhasabah diri..Wah ! bermotivasi pulak gua ni. Ok berbalik pada cerita zaman bebudak, tak tau pulak gua kalau zaman bebudak hingusan lu orang dah pandai pikir pasal duit dan berfikiran matang tentang masa depan yang masih kelabu asap time tu. Kalau lu orang dulu berfikiran macam tu gua syak orang jenis tu bercita-cita nak jadi perdana menteri ye dak?. Kehkehkeh..



Parit,sungai dan bendang padi cukup sinonim dengan gua suatu ketika dulu. Boleh dikatakan gua memang berhantu tempat-tempat macam ni,mana tak nya kalau sehari tak pi berendam kat tempat tu tak sah. Walhal gua dah tau gua akan dapat penyakit kalau pi main kat sana. Penyakit apa? Haa penyakit dari si abah, kalau dia dapat tau memang percuma gua makan paip getah,tali pinggang,hanger besi dan benda-benda yang sama fungsi dengannya. Fungsi dia tak disalahguna,memang untuk buat corak dan sakit kat badan. (-_-)’

Kenangan tu masih lagi segar dalam kepala otak gua ni. kehkehkeh



                                                            *****************



“dil,nanti balik sekolah kita pi tempat biasa nak?”  Tanya mat yie


Gua yang dalam kebingungan cuba meneka tempat yang dimaksudkan mat yie tapi tak dapat sebab banyak sangat port gua merayau setiap hari.


“pi mana?”


Mat yie cuba membuat isyarat tangan dan dengan sepantas kilat gua dapat meneka tempat tu.
“Ok beres,lepas sekolah kita pi terus” jawab gua.


“hotak ang ! ang balik awal,aku ada kelas fardu ain. Kalau ye pon balik rumah baham nasi dulu la “. Balas mat yie dengan kuat.


“Eh kejap ! kita dua ja? Tak fun la “.


“Haa nanti aku ajak pian.nusi,emi sama zainuri.kompem diorang nak ikut. Ang ajak la abang ang sekali “.


“Ok,ok no hal. Ang datang rumah aku tapi jangan bagi mak aku syak apa-apa nanti tak pasal dia repot kat abah aku “.


Gua dengan abang gua memang rapat,dia tak la tua sangat takat beza umur dua tahun ja. So, tak hairan la kalau buat apa-apa dia ada sekali,memasing berjiwa nakal. Senang kata rahsia gua dia pegang,rahsia dia gua pegang. Time gaduh sama-sama bukak rahsia..kehkehkeh.
Sesudah baham nasi kat rumah,gua bagitau plan mandi parit kat abang pastu sesama duk tunggu masa member datang untuk menjalankan mission.






                                                           *******************





Bilamana hati tengah duk bersuka ria dalam parit,macam-macam skill terjun pakat duk buat. Ada yang makan buah dalam parit,curi buah manggis ka buah apa ka kat kebun orang buat bekal..kehkehkeh. Bukan jahat tapi nakal,dah la mandi tak pakai baju seluar. Biasalah bebudak kan,Tak tau malu lagi masa tu. Sunat pon belum lagi kot time tu..(-_-)’
 Kengkawan bebas mandi,langsung tak hiraukan orang kampung yang duk lalu-lalang tengok. Lain pulak kisah gua sama abang,bebola mata ni kena tajam jugak tengok sekeliling perhatikan takut-takut si abah lalu ikut situ,orang kampung pun tak boleh caya jugak ! depa ni mata-mata si abah gua,pantang tengok gua buat hal depa sibuk pi repot kat si abah..Cinabeng ! dasar anti-mulut diam.


Time gua tengah leka berkuak kupu-kupu, kuak ayam-ayam apa semua gua ada dengar sayup-sayup suara member panggil gua.

“ Dil, aku nampak abah ang ! tu dia tengah mai. Baik ang nyorok cepat “ ujar si pian.


“Mana,mana ?” tanya gua dan abang gua serentak,gua dah mula cuak.


“Tu haa,aku rasa dah betoi tu abah ang “


“sapa pulak hat pi repot ni, bukan takat mulut tempayan tapi ni dah tahap mulut telaga!”.




Gua dengan abang cepat-cepat menyorok dalam parit tu. Berbekalkan kemahiran yang gua pernah belajar tidak disia-siakan,gua aplikasikan pada detik genting itu, bubuh straw kat mulut sebagai alat pernafasan dalam air.Konon-konon si abah ni tak nampak la gua duk nyorok dalam air. Pandai-pandai si anak,pandai lagi si abah. Peribahasa yang sesuai untuk si abah ni. Dia tunggu lelama sebab dia memang dah tau gua ada kat situ. Terang-terang dia nampak baju seluar gua kat tepi...

Aah mission failed !!



                                              
                                           Cara bernafas dalam air menggunakan straw.




Di rumah pulak si abah tak cakap banyak,tangan kiri cekak pinggang tangan kanan pegang paip getah. Si ummi tengok gua dengan mata yang menjeling sebab tak berani back-up, si adik pulak duk buat muka menganjing gua..cis ! kecik-kecik dah tak reti hormat abang.


“Masak kita kali ni bang “. Kata gua kat abang.

“Sabor je la. Tahan dan rasa” balas abang dengan nada cool..


Praappp !!

Prapp !!



Makan tali pinggang.Tahan dan rasa,pedih (-_-)"


 Insaf lah gua dengan abang gua ni beberapa hari.






                                                         *****************






Gua ingat lagi dulu mat yie ni tak reti sangat mandi parit hat dalam-dalam,selalu dia main kat tempat cetek ja. Senang cerita maksimun air takat hidung ja,kalau lebih memang mat yie tak reti berenang. Pakai pelampung tiub kereta,tak pun tiub motor dah cukup untuk bagi badan kita terampung. Gua masa tu kira dah pandai berenang sikit-sikit. Tak advance la gua pakai pelampung.

Pernah jugak mat yie ni dulu lemas gara-gara terjerlus dalam lubang masa duk tengah syok mandi. Gua masa tu pun dah cuak tak tau nak buat apa,memanglah gua reti berenang tapi tak reti lagi nak selamatkan orang lemas tapi gua terjun jugak nak selamatkan dia sebab time tu takdak pelampung. Terminum air parit jugak seteguk dua bila mat yie pijak badan gua melompat-lompat nak dapatkan udara. Sumpah tak sedap air tu !!.







Parit ni la yang selalu mandi time kecik-kecik dulu. Dulu air takda la keruh macam ni.

Monday, 24 September 2012

Bicara hati


  “Bang,ayah suruh datang rumah hujung minggu ni,”  termenung aku dengan kata-kata dari sarah tempoh hari. Sementara itu aku melabuhkan kepala aku ke badan katil di penjuru bilik tidurku. Aku tahu tujuan ayah sarah mengajak aku ke rumah beliau.Untuk menbincangkan hal perkahwinan aku dan sarah kerana pernah suatu hari aku berjumpa dengan pak cik nasir dan meluahkan hasrat aku itu.

Tetapi kadang-kala aku berfikir betulkah apa yang telah aku lakukan. Degup hati aku semakin kencang,ruangan di kepala dipenuhi dengan isu-isu terbabit. “ah,apa yang perlu aku takut dengan pak cik nasir. Aku tak buat salah apa pun,menyentuh anaknya pun tak pernah,lagipun aku meminta dengan cara yang betul ,” kata hatiku sambil tangan kanan mengusap manja rambutku. Sarah,seorang gadis yang  telah lama aku kenal dan ingin saja aku jadikan teman. Hati kami berpaut pada dahan yang sama.




                                                                     *****************





                                                                    
                                                                    Gambar hiasan





“Abang chik,jom kita makan. Semua orang dah tunggu,” pada awalnya aku sengaja membisu mendengar ajakan ummi kerana aku tiada selera untuk makan. Aku tengah sibuk menyiapkan kerja yang bertimbun. Bau masakan ummi yang sedap itu memancing aku untuk makan. Perut aku mengalah dengan aroma masakan ummi. “yer,yer orang datang ni !”.

Setelah selesai menjamu selera,aku segera mendapatkan ummi dan abah aku untuk memberitahu hal aku dan sarah. Ummi dah lama tahu hubungan aku dan sarah kerana sebelum ni aku ada bercerita sedikit sebanyak pasal sarah kepadanya,dan mungkin abah aku mengenali sarah dari ummi. Mereka berdua setuju dengan hasrat baik aku itu.

“Bila nak pergi rumah sarah tu? “ soal abah.

“Senyum pulak dia,dah sampai ke bulan ke kau termenung.,” aku terkejut dan agak malu-malu..

“Err hujung minggu ni abah” jawab aku ringkas..




                                                             ****************




Hari yang di nanti-nanti semakin dekat, pada malam hari sebelum ke rumahnya aku mengenangkan tentang aku dan sarah di beranda kayu rumahku.,Teringat kisah di awal perkenalan kami sambil merenung ke langit. Terlihat bulan yang pucat kembali bersinar terang apabila meloloskan diri dari kepungan sang awan itu. Bintang-bintang turut memain peranan menghiasi malam yang indah.

Sedang aku asyik menikmati keindahan itu tiba-tiba air hujan yang lebat mencurahi aku dan membawa lari segala khayalan aku. Akan tetapi,sangkaan aku salah sama sekali. Aku bukan bermandikan air hujan tapi bermandikan air yang dicurah oleh ummi dengan baldi…aku terjaga dari tidur.

“ padil ! dah,dah jangan tidur.hang pi kopek kepala kat luar,ummi nak buat kuih “

"baik ummi" jawab aku ringkas.

 “ Sah ! semuanya hanya mimpi,khayalan dan angan-angan, ! tapi siapakah watak dalam mimpiku tadi? ” gertak aku dalam hati..dan watak itu terus menjadi misteri.

Aku cuba mencubit pipiku dan bermain manja sambil mulutku berkata “best jugak mimpi macam ni ye dak..kehkehkeh “

Di suatu sudut seekor kucing sedang duduk bersila,kepalanya direbahkan ke bahu kanan sambil tangannya menutup mulut sedang memerhatikan aku..aku cuba membaca apa yang di fikirkan beliau..”ah ! kucing ketawakan aku “ lantas aku mengapai tali lalu ikat ekor dia tambat kat sofa..kehkehkeh padan muka hang.



Friday, 21 September 2012

Berhari keluarga dengan housemate di pantai monyet


15 september 2012 gua dengan kengkawan telah bercuti selama 2 hari 1 malam di Monkey Beach yang terletak di Taman Negara Pulau Pinang. Idea ini telah dicetuskan oleh sazzul iqbal atau lebih dikenali sebagai pak cu di kalangan kawan-kawan,dia ni agak legend jugak la kat pinang ni. Idea ini disokong pula seorang kawan yang bernama pok ka. Bilamana 2 orang sahabat ni dah pilih lokasi sama tarikh nak pi barulah rancangan ni di khabarkan kepada kawan-kawan yang lain,di pendekkan cerita semua orang bersetuju untuk follow walaupun pada awalnya gua sendiri agak keberatan untuk follow diorang atas alasan tertentu. Percutian ini disertai seramai 9 orang,semuanya housemate gua..


                                      ***************************



Sehari sebelum bertolak si pak cu ni kutip la dana sedikit sebanyak dari penghuni rumah sewa kami dan malam tu jugak gua,pak cu sama edi ke tesco untuk mencari barang-barang makanan apa semua yang perlu. Sesudah bershopping kami balik buat persiapkan apa yang perlu,pak cu ditugaskan untuk buat bihun goreng,nasi sama sambal ikan bilis.


                                      **************************


Tengahari sebelum bertolak kami masing-masing kelam kabut buat persiapan terakhir, yela nanti kalau ada tertinggal barang susah pulak ye dak ? dalam pukul 3 petang  kami bertolak dengan 2 buah kereta. Kami buat keputusan naik feri untuk menyeberang ke pulau sebab malas ikut jambatan pulau pinang sebab memang dah tau gerenti jalan sesak kat jambatan tu,padahal nak naik feri pon boleh tahan lama jugak menunggu sebab ramai jugak orang yang nak guna kemudahan awam tu..konon-konon naik feri nak ambik udara segar kat pantai butterworth tu, celaka ! udara tak fresh langsung sebab kat situ penuh dengan kilang-kilang. Segar la sangat sedup asap kilang tu..cinabeng !



                                                   Gambar hiasan




                                    Masjid terapung kat Batu Ferringhi



Selepas solat asar di masjid terapung kat Batu ferringhi kami pon meneruskan perjalanan ke Taman negara yang dah tak berapa jauh dari situ. Pukul 6 kami selamat sampai di Taman negara, memandangkan hari dah nak gelap kami tanpa membuang masa terus ambik barang-barang dan meneruskan perjalanan dengan mendaki bukit. Eh terlupa,sebelum masuk hutan tu ada pak guard sama mak guard tak bagi kami masuk sebab tak register,nak register pon tak boleh sebab dah lewat. So,diorang cakap kalau nak pi jugak boleh tapi kalu ada apa-apa berlaku tak boleh salahkan depa..Dengan hati kering remaja ni kami pi jugak,masing-masing dah besar boleh jaga diri ye dak?? Yang paling penting kena jaga tingkah laku,mulut tak boleh celupar kat dalam hutan ni. Sebelum memulakan pendakian,kami berkumpul baca doa meminta perlindungan daripada Allah SWT agar dijauhkan sebarang perkara bahaya. Hampir dua jam mendaki dalam keadaan gelap kat hutan nasib baik gua ada bawak lampu sebesar duit dua posen,kehkehkeh jadi hero la masa tu,ang pikiaq la tahap adventure hiking dengan lampu tu ja..kehkehkeh




Gambar hiasan



Bukan main lagi depa posing




Geng kami dari kiri pak cu,edi,aman,gua,pok ka,hasif,mirol,ise dan pok chan tak dak dalam gambar sebab jadi photographer.





**************************



                                                                                       
Masuk hutan tak sampai setengah jam semua pakat mengeluh penat,tak larat la,macam-macam..Lagi-lagi hari dah malam,gelap kat hutan tu sampai ada la 2,3 orang termasuk gua yang nak tersungkur gara-gara tersepak tunggul kayu,batu semua,..kehkehkeh...kekuatan mental dan fizikal memang penting kat sini beb,kang ada jugak yang nak patah balik ye dak...gua masa tu fresh lagi,pengembaraan baru ja nak bermula bagi gua..kehkehkeh



hasif yang dah kepenatan..kehkehkeh





menunggu kengkawan yang tertinggal kat belakang.





Time ni masing-masing lenguh kaki dah.





Jam dekat pukul 8 malam kami sampai di Monkey beach, muka sorang-sorang masa tu penat dah macam kucing lepas beranak ,eh ada ke peribahasa tu? Yang gua tau peribahasa kucing hilang anak ada la..kehkehkeh lantak ah..Rehat jap minum ayaq seteguk dua kami pon bersihkan diri dan mencari arah kiblat untuk solat maghrib,yang wajib tetap wajib ye dak? 2 kali solat maghrib sebab kali pertama tu tersalah arah kiblat. Bincang punya bincang jumpa jugak arah kiblat yang diyakini betul, wallahualam. Bila dah tau arah kiblat yang betul kenalah solat balik sebab solat tadi tak sah..



                                                 ****************


Selesai sudah tunaikan yang wajib kami semua bahagikan tugas untuk cari kayu api,pasang khemah,bersihkan tempat nak berkhemah apa semua. Ada jugak yang yang otak tak berapa nak betul pi terjun laut malam-malam,gua sendiri la tu..kehkehkeh..Tugas gua tak susah,pi cari kayu api nak bakar ayam sebab semua dah lapar,perut masa tu siap buat lagu dondang sayang lagi. Ada satu benda yang memang rare malam tu,tanglong buatan sediri atau dikenali sebagai pelita ayam. Pelita ayam zaman dulu pakai minyak tanah,zaman sekarang benda alah tu ntah ada lagi ke dak orang pakai. Hampa memanglah tak kenal sebab sekarang pakai lampu hat ada bateri  tu ja...Tanglong ni gua pakai lilin bubuh dalam bekas plastik hat ada lubang kat ataih tu untuk oksigen masuk,barulah lilin boleh menyala kalau hampa nak tau




Bilamana tugas gua dah selesai gua pon tak cakap banyak terus ambik batang pancing gua untuk memulakan aktiviti yang gua paling minat tu sambil-sambil tunggu kengkawan yang lain bakar ayam. Tengah syok-syok mancing sambil melayan perasaan ada la hat tak boleh tengok gua duk diam,ada nak kena itu la ini la..Ikan masa tu pulak tak berapa nak makan umpan,terus mood mancing aku lari bertempiaran. Orang lain pulak duk bakaq ayam lagi,ada yang hat duk  keliling unggun api untuk panaskan badan. Macam yang duk tunjuk dalam tv tu la bila berkhemah je malam-malam keliling unggun api,bukan apa kalau ada unggun api ni binatang-binatang buas tak berani nak datang kacau sebab binatang ni takut dengan api,kalau tak takut depa sendiri yang buat unggun api buat main ye dak...











                           ang nampak tak tanglong hat duk nyala atas batu tu



                                              ******************


Bila semua dah makan sorang-sorang dah macam ular sawa baru lepas telan kambing sekoq termasuklah gua,bak kata orang gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati ye dak?.Bermula la pulak sesi borak-borak seisi keluarga ni,bergelak ketawa sesama,yang paling tak tahan sesi mengutuk member sendiri tak lain tak bukan mangsanya ialah pok chan. Pantang mamat tu buka mulut ada je modal kengkawan lain pangkah dia tapi dia steady je ye dak chan?? Kitorang gurau ja,semua sayang kat hang..hahahaha. gua yang dah mula rasa penat masa tu cari la tempat nak landing hilangkan penat,bilamana duk termenung sorang-sorang tepi batu kat bawah pokok dapat jugak melayan perasaan kejap sambil main hitung bintang diiringi lagu-lagu jiwang dari corong speaker talipon gua..Dalam pukul 12 malam air mulai pasang,masa tu gua tak heran sangat tapi lama kelamaan ombak makin kasar,tak syak lagi ni bukan ombak rindu,ombak sayang pon bukan tapi ombak patah hati. Mana tak nya tetengah sedap baring air pantai mai terbang sampai cecah tempat gua baring,habis basah kuyup kain alas gua. Gua pon pakat dengan kengkawan pindah khemah sama barang-barang lain letak jauh sikit dari air yang makin pasang tu. 

Bila tengah santai ramai-ramai tu edi jerang air nak buat tea panas,cuaca malam yang sejuk minum tea panas pon sedap ye dak. Tapi yang tak berapa nak best pasal air tu sebab uncang tea dah termasuk dalam sambal ikan bilis,korang bayangkanlah rasa tea tu macamana,nak buang sayang pulak sebab takda benda lain dah nak minum,nak tak nak semua minum jugak. Dah macam air halia pon ada gua rasa,korang nak rasa buatlah sendiri kalau sakit perut padam muka sebab ada antara kami yang sakit perut gara-gara minum air unik tu...kehkehkeh


                                             *****************


Jam pukul 2 pagi masing-masing cari tempat tidur,khemah satu je bukannya muat semua nak tidur kat dalam,ada yang tidur kat luar. Masa tu gua masih segar cergas lagi duk mancing dengan edi dan aman,syok mancing masa tu sebab dapat banyak ikan. Nak jadi pemancing ni kena bersifat penyabar sikit nak tunggu ikan makan umpan,ikan pon ada time kenyang time lapaq jugak,tak kan la time kenyang pon depa nak makan umpan jugak. Depa bukan macam hampa reti makan ja 24jam..Banyak jugak dapat ikan awal pagi tu. Bakar ikan hasil mancing sendiri dengan ise sama aman sementara orang lain duk tidoq, memang puas hati sebab ikan fresh lagi masa tu. Pukul 5.30 pagi tenaga pon dah habis gua buat keputusan untuk tidur,pak cu pulak baru terjaga dari tidurnya yang nyenyak diulit angin pantai,bagus jugak boleh jaga barang-barang apa semua..kehkehkeh




                                            bakar ikan fresh dari laut.


Tidur dalam keadaan sejuk tanpa selimut kat pantai dengan beralaskan kain ja bukan selesa pon tapi sebab penat nyenyak jugak tidur. Pukul 6.30 gua bangun tidur tengok dah ada pok ka duk melompat-lompat ntah apa dibuatnya pepagi pon gua tak tau. Bila semua orang dah bangun solat subuh masing-masing pi terjun laut,gua pon tak terkecuali tapi kejap je gua berendam kat pantai tu sebab gua sambung mission memancing gua,bila dah agak bosan mancing gua pi menerokai batu kat pantai tengok apa yang ada. Orang lain tengah happening main takraw tepi pantai gua pulak dah masuk dunia gua yang duk tangkap ikan,udang sama ketam kat celah-celah batu tu.Haaa ni memang gua nak habaq kat hampa semua yang gua ada jumpa timun laut,bukan buah timun yang hampa makan duk dalam laut.Timun laut ni lebih femes dipanggil gamat. Gua habaq kat hampa sebab tu 1st time gua tengok gamat hidup depan mata,siap dapat tangkap lagi,gua dapat pengalaman baru bila kita pegang gamat ni dia akan keluarkan cecair hat wana putih melekat kat tangan hampa,gua syak benda alah ni dijadikan senjata untuk gamat melawan musuh.









mak gamat,ayah gamat dan anak gamat.
                                              






                                              ***************

 Pagi tu cuaca tak berapa nak elok sebab hujan rintik-rintik mulai turun. Kami semua packing barang nak balik,masalah sikit masa tu sebab hujan dah turun lebat disertai angin ribut. Patut la awal-awal lagi pak guard sama mak guard dah bagi warning suruh hati-hati sebab ribut. Nasib baik kebetulan masa tengah hujan ada bot pelancong lalu, pok chan dengan ise pi mintak tolong dengan abang bot tu hantar kami balik kat seberang. Masa tu tak kisah dah pasal caj perkhidmatan bot tu mahal kami semua setuju ja. Bila selamat sampai kat seberang masing-masing cari port nak salin pakaian yang dah basah kuyup kena curah dengan air hujan. Ada yang terpaksa balik rumah dengan pakai kain pelikat ja,kehkehkeh.







sedih betul gua nak tinggalkan tempat ni masa tu..hahaha





hat ni yang paling rare !!



Selesai sudah perkongsian cerita gua dengan kengkawan selama 2 hari 1 malam kat Monkey Beach ni..











Tuesday, 18 September 2012

Berbulan kopi dengan kengkawan

Cameron Highland tempat yang baru 1st time gua pegi,gua bukan tak nak pegi tapi sebelum ni takda peluang gua nak merasa berpijak kat tanah tinggi tu...Senang cerita kawan gua ni edi kena ikut lawatan sambil belajar...perhhh,macam sekolah-sekolah...Edi ni kutu sampah yang ambik kos civil dan dia kena buat site visit kan empangan kat Cameron Highland..Mamat ni ajak la asif,sazzul dan gua ni untuk temankan dia kat sana,gua dengan yang lain ni agak segan-segan jugak sebenarnya..Edi punya pasal kitorang pon setuju la ikut sekali..2 hari 3 malam gua kat sana...kehkehkeh



Sesampai je kat sana kami semua menginap di ntah apa nama tempat tu ntah,kira macam hostel jugak la. 3 buah rumah untuk student laki, tanpa memikirkan orang lain kami berempat terus masuk rumah paling hujung..bila kami dah check in memang takda orang lain datang kacau line dah sebab tak berani la ye dak...rumah lain satu rumah ada dekat 10 orang tapi gua cuma berempat je...kehkehkeh..Buat macam rumah sendiri ler....


           *Sesampai je dalam rumah anak mata semua liar mencari selimut,sejuk bak hang !!!



                                               Hasif dan edi di tempat penginapan

Malam tu aktiviti bebas,So macam-macam kitorang planning nak buat.Lagi-lagi gua ni sebab 1st time datang Cameron..Sesudah makan nasi yang cikgu pengiring tu bagi,minum air tea panas seteguk dua kitorang pon bersiap-siap untuk keluar merayau menikmati angin malam Cameron..Dress up pon lebih kurang macam budak duk oversea la..haahaha orang kelantan cakap budak macam ni 'daghak' ataupon orang utagha cakap pulak 'perok'...Malam tu pusing2 kat pasar malam,bandar,lepak tepi jalan,bergambar apa semua.Tak sangka malam tu jumpa dengan sepupu abah gua yang duk sekampung dengan gua kat wakaf bharu tu..Biasa la,buat gaya belagak sikit,orang luar kata kerek...hahaha


 sazzul dan fadzel..regu yang smart...kehkehkeh 

Hari pertama pagi-pagi lagi melawat ladang teh,punya la sejuk..Ikutkan hati nak je tidur dalam hostel tu melingkup dengan selimut tebal. Budak-budak civil ni pi ladang teh bukannya nak mengkaji struktur tanah tu sangat,nak berposing gambar je lebih. Masing-masing posing tak nak kalah,macam model pon ada ye dak..Lokasi kedua pi taman lebah,tak da la cantik sangat taman tu tapi besar jugak la. Budak paling penakut dengan binatang,serangga ni tak lain tak bukan edi nur ali,bukan main takut dengan lebah ni..hahaha




                                             

                                                      kat ladang teh,kehkehkeh...

Lokasi pertama hari kedua pulak budak-budak civil ni pi empangan mana ntah kat hutan. Objektif diorang pi empangan ni nak kaji pasal struktur tanah tinggi kat sini. So, bagi asif,sazzul dan gua yang takda kaitan apa-apa dengan projek diorang ni terpaksa la mengular sana sini untuk hilangkan boring. Lokasi kedua hari tu pulak kami ke RISDA,ntah tempat apa pon gua tak tau tapi kat sana lebih kurang tempat untuk kajian buah-buahan tanah tinggi sama bunga-bunga. Kat sini pon pakat duk ambik kesempatan bergambar...bak kata yuna seiap gambar ada maknanya ye dak....


                                    sapa cakap gua tak hensem,mulut celupar...kehkehkeh

                    Bukan main lagi posing dengan bunga...gua jugak yang takda peluang

                                                       Bersama junior-junior....




                    Selesai sudah perkongsian kenangan gua dekat Cameron Highland ni....kehkehkeh





-padil-