5 September 2012, pertama kalinya gua ikut serta lawatan
ke Melaka bersama geng Automotive uitm penang. Dan gua pergi dengan member
rumah sewa gua,kalau depa tak ikut memang sah-sah gua tak ikut jugak lawatan tu
sebab dengan member gua ni la gua nak berkongsi pengalaman buat pertama kali ke
negeri melaka bandaraya bersejarah tu. Lawatan dua hari satu malam ja tapi
sebab-sebab yang menarik sangat diri gua
dengan kengkawan ni untuk pergi ialah lawatan ni percuma,Cuma makan minum ja
tanggung sendiri. Objektif utama lawatan ni sebab nak pi Kilang Honda kat
melaka tu. Budak Auto la katakan, kena tahu cara penghasilan sesebuah kereta
tu. Tak kan nak pi lawatan buat kajian kat padang pasir pulak. Pasai pa pilih
Honda? Haa tu aku tak tahu,aku ikut penganjur ja. Kehkehkeh..
Dari penang ke Melaka jauh la jugak, seingat gua
perjalanan masa lebih kurang 8 jam. Bayangkan betapa bosan gua duk dalam bas Tu.
Habis modal dah nak borak-borak. Sampai ja kat melaka kami menginap di rumah
sewa dekat uitm melaka tu, memang kawasan tu kebanyakkan student yang duduk. 3
buah rumah jugak penganjur tempah dan
yang pasti satu rumah hanya untuk gua dengan member gua. Orang lain tak boleh
masuk kalau dak memang kacaulah jadinya.kehkehkeh Orang lain duk satu rumah dekat seploh orang
tapi gua cukup dengan 5 orang ja tapi campur dengan pensyarah dan pemandu bas
jadi 9 orang jugak..kehkehkeh nasib baik pensyarah gua sporting. Malam tu boleh
buat aktiviti bebas...haa bebas..Astaghfirullahal adzim,bukan pergaulan bebas
ye abang-abang,kakak-kakak..Kira kalau setakat nak keluar merayau pi mana-mana
malam tu boleh la..
jadi model bas uitm sat..kehkehkeh
biasa la gua ni memang pencinta bunga,ni bunga kertas untuk cik makwe..kehkehkeh
******************
Ada member gua ni dia tinggal kat melaka, So memang
kitorang dah plan awal-awal dah bila sampai melaka nanti si sazzul ni atau
lebih mesra dipanggil pak cu balik rumah dia ambik kereta pastu jalan-jalan kat
bandar alor gajah malam tu. Kesian geng-geng lain duk melepak dalam rumah
ja,padam muka angpa ! kehkehkeh.. pensyarah gua pon turut mengalami nasib yang
sama,melepak ja dalam bilik bosan dowh ! Gua dengan member ni tak sampai hati
nak tinggal pensyarah tu, kejap macam nak ikut kejap macam tak nak ikut.
Alaa,nak jaga stantard la tu..kehkehkeh ahh lantak,kalau ikut tak dak la bosan sangat nak tunggu hari esok
menjelma. Perut malam tu lapar sangat sebab sehari suntuk tak makan, si pak cu
ni bawak pi makan kat pantai mana ntah. Gua tak ingat nama pantai tu tapi yang
gua ingat tempat dia dekat pengkalan balak. Lepaih perut kenyang baru la boleh
enjoy ye dak? kehkehkeh...
Duk pusing-pusing kat bandar alor gajah,boleh tahan
tempat tu.. si pak cu ni bawak pulak kitorang pi kedai makan mak dia. Perut
kenyang lagi tapi sebab dapat makan free isi jugak perut ni sampai
kembung..kehkehkeh..Aktiviti last malam tu sebelum balik tempat penginapan
ialah mandi kat kolam air panas Gadek..Ang kalau pi kolam air panas ang watpa? Berendam
ja kan? Haa gua ni lain sikit,gua berenang bermacam-macam gaya. Apa barang
takat nak berendam ja, tak advance langsung..Kehkehkeh..
******************
Hari kedua tu kitorang pusing-pusing kat bandaraya
melaka. Gua ada terbaca papan tanda kat situ bertulis “melawat melaka bererti
anda melawat malaysia” lebih kurang macam tu la bunyi la..ang paham dak? ok gua
pon tak paham.
Masa duk melepak kat A Famosa tu ada mamat korea ni tegur
pak cu,dia ingat pak cu tu orang korea..pala hotak ang ! muka macam jambu air.
Dengan tak semena-mena depa menari gangnam style dengan pak cu..hahaha bodoh. Dalam A Famosa tu gua ada tengok orang bukan islam duk campak syiling dalam perigi,katanya permintaan dimakbulkan,mengarut betul kepercayaan depa.
pak cu,hasif,gua & joe
ni la tempat orang bukan islam duk buang syiling,brdoa katanya
fisrt time sampai kena lah bergambar ye dak? kehkehkeh
*******************
Lepas zohor kitorang baru ke Kilang Honda,besaq jugak la
kilang dia. Tu pon ada lagi bangunan hat belum siap sepenuhnya. Sebelum masuk
tengok cara depa buat keta kena duk dalam dewan duk dengar depa ceramah. Nasib
baik kejap ja,kalau dak ramai nanti yang tido. Nak masuk kat tempat dia buat
keta tu ada peraturan dia,kena pakai cap yang depa bagi. Pekerja Honda sendiri
pon kena pakai cap jugak. Bagi pelawat-pelawat ni berjalan masuk dia ada laluan
dia,tak boleh main merayau tak tentu pasai nanti kena saman..kehkehkeh tipu ja
saman tu tapi memang tak boleh pelawat merayau tak bertempat la..Gua tengok
pekerja-pekerja kat situ macam, tak tahu nak cakap macam mana tapi memang gua
dapat rasa perasaan memasing bekerja kilang..kalau boleh gua tak mau
dah..kehkehkeh
dengar ceramah la konon-konon.
bergambar dengan pensyarah
student automotive uitm penang di Honda melaka
****************
Itu lah lawatan pertama dan terakhir gua bersama geng
Automotive uitm penang. Ni semester akhir gua kat penang dan gua nak tinggalkan
penang dah..kehkehkeh..Walaupun berat hati tapi duk kampung sendiri lagi
seronok..
Oh lupa,Selamat tinggal penang...
Selamat tinggal awak ( -_-)
kehkehkeh