Tahniah kepada skuad kijang kerana menjayakan misi treble
Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Anak kelantan mana yang tak gembira dan bangga bila team mereka dapat jadi
juara piala malaysia. Berbaloi la kepada penyokong-penyokong yang melabur duit
untuk ke stadium shah alam semata-mata nak bagi semangat dekat team kelantan.
Kaya la FAM sebab kalau ada perlawanan membabitkan team the red warriors
penyokong memang selalu penuh dalam stadium,lagi-lagi kat stadium keramat di
kota bharu.. Sep demo buat kawe raso banggo !! walaupun final kali ni gua tak
dapat turut serta berkunjung ke stadium menyaksikan perlawanan antara kelantan
dengan angkatan tentera malaysia (ATM) sebab tak sempat nak pegi maklumlah baru
habis final exam,nak kena kemas barang lagi,bajet kurang cukup satu
hal..apa-apa pon gomo kelate gomo.
Tahniah kelantan dapat juara,dan tahniah juga pada ATM
kerana dapat ke final.
Kat sini gua ada petik ucapan daripada tok guru nik aziz
kepada pasukan kelantan kat fesbuk beliau.
“Tahniah saya rakamkan kepada pasukan TRW yang telah
berjaya membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua pada malam ini. Rakyat
Kelantan bangga dengan kemenangan ini. Kepada para penyokong, raikan kemenangan
ini dengan seadanya, dan berhati-hati di jalanraya untuk pulang ke kampung
halaman. Kepada pasukan ATM, tahniah kerana berjuang hingga ke tiupan wisel
yang terakhir.”
Hai-o dan piya
Daudsu defend terbaik
Tak sabar pulak gua nak balik kampung tengok perarakan
meraikan kemenangan The Red Warriors. Pemain paling gua respek sekali ialah
Daudsu,tabik demo boh ! defend paling kemah ! kehkehkeh. Terima kasih kepada
mat yoe dan indra kerana menjaringkan gol dan apek melakukan tugas sebagai penjaga gol dengan
baik.
Kepada rakyat yang benci dan tak boleh terima kemenangan
kelantan gua harap tukar la perangai tu.tak baik benci menbenci,kutuk mengutuk
ni. Adat permainan la ada menang ada kalah. Kemenangan terletak pada rezeki
memasing,dah kali ni rezeki kelantan jadi juara piala malaysia..
Takbir ! Allahu Akbar !


.jpg)



semua main baik mlm tu. suka semua pemain kelate
ReplyDeletelening tak supo mulo doh...hahaha
Delete