Wednesday, 27 March 2013

Petang Sendirian part 2


Berlalu ja gua dari tempat itu otak gua memainkan peranan mencari idea untuk ke tempat yang dapat menghilangkan bosan yang agak-agak sudah berada di tahap seratus peratus lebih sikit-sikit. Dengan harapan otak gua memberi kerjasama dengan mencadangkan tempat yang dapat memcuci mata yang dah berdebu ni dek suasana di jalanraya. Produk eye mo tak berkesan untuk mencuci mata, gua sebagai lelaki ni mesti la cik-cik makwe !! ye dak....keh keh keh



Gua ke Lumut Waterfront, kebetulan lah hari tu hari minggu, jadi agak ramai la umat manusia dari pelbagai peringkat umur duk membuang masa kat situ. Ada yang beraktiviti sihat ada jugak yang beraktiviti tak sihat. Gua pulak berpusing-pusing mencari port untuk baham bihun goreng yang gua beli kat pasar malam tu. Gua usha-usha satu gerai tu pengunjung dia tak ramai sangat jadi sesuailah untuk gua bertandang ke gerai tu, Sambil mengatur langkah dengan bergaya ala-ala kawad kaki dengan bungkusan bihun goreng di tangan. Belum sempat gua melabuhkan punggung di kerusi gua ternampak papan tanda yang tertulis “no outside food allowed”. Haa lebih kurang macam tu lah, Gua pon tak pikir panjang terus berambus dan parking moto di bawah pokok berdekatan. Gua duduk bersila dengan bersopan-santun atas moto dan menikmati bihun goreng  dimulakan dengan bismillah.





Saja gua letak gambar ni..keh keh keh




                                                            
                                                                           *****



Gua leka duk perati sepasang suami isteri sedang bermain manja dengan anak kecilnya tepi pantai, anak sulung barangkali kata hati gua sebab kalau anak dah ramai mana sempat nak bawak beriadah. Gua mengambil keputusan drastik untuk hanya merenung gelagat orang dan malas untuk bertegur sapa mahupun beramah mesra dengan orang lain. Tetengah duk ralik merenung ke arah kapal-kapal yang tidak bergerak itu pandangan gua di curi oleh cik makwe sedang berkejar-kejar dengan pasangannya. “ni suami isteri jugak ke apa?” tanya hati gua. Sesedap ja diorang berpegang-pegang. Malas unutk berprasangka buruk. Tapi yang paling annoying diorang tu berlari-lari ala hindustan. Sandiwara apakah ini ?. Mata gua mula memerhatikan sekeliling kot-kot ada kamera tengah buat shooting ke. Nak-nak shooting cerita romantis, kebetulan gua ni ada la sedikit sebanyak sifat romantis ternanam dalam diri gua yang sesuai untuk setakat jadi hero utama apa la sangat.



Ish camna gambar ni boleh ada gua tak tau...keh keh keh



Lu orang jangan nak bangkang ! sebab ni entri gua, gua ada power kat sini.

Thursday, 14 March 2013

Petang sendirian


Petang tu gua agak bosan memandangkan sorang roomate rapat gua balik kampung, yang ada selebihnya pon sibuk ke sana ke sini. Hujung minggu gua hanyalah dinikmati sensorang. Pahit manis nya hanya gua yang tau. Kekadang menjenguk ke luar tingkap melihat telatah karenah student lain.


“Arhh tension aku macam ni” bentak gua dalam hati. Mesti la dalam hati, takkan gua nak berborak sensorang.


Lantas gua mengambil keputusan untuk ke luar mengirup udara yang boleh tahan freshnya. Berbekalkan motosikal yang gua pinjam dari member gua ke pasar malam berdekatan mencari habuan untuk si perut gua yang sudah berbagai-bagai irama lagu dihasilkan. Gua tapau sebungkus bihun goreng sama nasi kerabu, boleh buat spare sampai malam. Tengok duit dalam dompet pulak cukup-cukup buat bayar makanan tadi.


“Cilake, mana pegi habis duit gua?” pun gua tanya dalam hati gua jugak.


Tanpa pikir panjang lebar gua meredah jalanraya menuju ke atm berdekatan. Time gua nak cucuk duit time tu jugak la orang lain nak cucuk jugak. Gua cukup malas nak beratur. Tiba giliran gua untuk berhadapan dengan mesin atm gua seluk poket mencari folder card gua.


“Lahh mana pulak folder card gua ?” lagi sekali gua bertanya pada hati gua dan lagi sekali hati gua tak bagi jawapan.

Tak da folder card maknanya tak da la kad atm.


Orang kat belakang dah mula usha lain macam. Semua buat muka ingin tahu apa yang berlaku pada gua. Nak ja gua bagi upah seposen sorang-sorang buat muka cenggitu. Ada cik awek yang tengah beratur sambil main sms pon berhenti tiba-tiba tengok gua.
Dengan selamba gua keluar dari tempat tu dengan muka tersenyum ceria dan,



Arhhh gua lupa nak pi angkat baju kat jemuran. Lain kali gua sambung..