Berlalu ja gua dari tempat itu otak gua memainkan peranan mencari
idea untuk ke tempat yang dapat menghilangkan bosan yang agak-agak sudah berada
di tahap seratus peratus lebih sikit-sikit. Dengan harapan otak gua memberi
kerjasama dengan mencadangkan tempat yang dapat memcuci mata yang dah berdebu
ni dek suasana di jalanraya. Produk eye mo tak berkesan untuk mencuci mata, gua
sebagai lelaki ni mesti la cik-cik makwe !! ye dak....keh keh keh
Gua ke Lumut Waterfront, kebetulan lah hari tu hari
minggu, jadi agak ramai la umat manusia dari pelbagai peringkat umur duk
membuang masa kat situ. Ada yang beraktiviti sihat ada jugak yang beraktiviti
tak sihat. Gua pulak berpusing-pusing mencari port untuk baham bihun goreng
yang gua beli kat pasar malam tu. Gua usha-usha satu gerai tu pengunjung dia
tak ramai sangat jadi sesuailah untuk gua bertandang ke gerai tu, Sambil
mengatur langkah dengan bergaya ala-ala kawad kaki dengan bungkusan bihun
goreng di tangan. Belum sempat gua melabuhkan punggung di kerusi gua ternampak
papan tanda yang tertulis “no outside food allowed”. Haa lebih kurang macam tu
lah, Gua pon tak pikir panjang terus berambus dan parking moto di bawah pokok
berdekatan. Gua duduk bersila dengan bersopan-santun atas moto dan menikmati
bihun goreng dimulakan dengan bismillah.
Saja gua letak gambar ni..keh keh keh
|
*****
Gua leka duk perati sepasang suami isteri sedang bermain
manja dengan anak kecilnya tepi pantai, anak sulung barangkali kata hati gua
sebab kalau anak dah ramai mana sempat nak bawak beriadah. Gua mengambil
keputusan drastik untuk hanya merenung gelagat orang dan malas untuk bertegur sapa
mahupun beramah mesra dengan orang lain. Tetengah duk ralik merenung ke arah
kapal-kapal yang tidak bergerak itu pandangan gua di curi oleh cik makwe sedang
berkejar-kejar dengan pasangannya. “ni suami isteri jugak ke apa?” tanya hati
gua. Sesedap ja diorang berpegang-pegang. Malas unutk berprasangka buruk. Tapi
yang paling annoying diorang tu berlari-lari ala hindustan. Sandiwara apakah
ini ?. Mata gua mula memerhatikan sekeliling kot-kot ada kamera tengah buat
shooting ke. Nak-nak shooting cerita romantis, kebetulan gua ni ada la sedikit
sebanyak sifat romantis ternanam dalam diri gua yang sesuai untuk setakat jadi
hero utama apa la sangat.
![]() |
Ish camna gambar ni boleh ada gua tak tau...keh keh keh
|
Lu orang jangan nak bangkang ! sebab ni entri gua, gua
ada power kat sini.

bila nk tlis psl gua plak??
ReplyDelete