Di tengahari yang tegang, anak-anak muda tengah
mencacaikan diri dengan beratur di bawah panas terik matahari semata-mata untuk
mendapatkan baucer buku. Tak kurang juga dengan gua yang turut tergolong dalam
golongan itu.
Keh keh keh...
Punyalah senang hati sesudah dapat baucer buku tu walhal
tak tahu nak beli apa, kalau dapat beli joran takpa la jugak. Ish ! akan gua
gunakan baucer buku ni sebaik mungkin ke arah ‘kebaikan’. Keh keh keh..Lagi
bagus kalau bagi wang tunai, dapat jugak guna rm250 untuk setahun ! Pui. Memang
bangang abadi betul.
******
Sambil mengatur langkah menuju ke bangunan asrama, jari
jemari duk ralek belek-belek sampul baucer buku. Manalah tahu kalau-kalau ada
yang gelapkan baucer. Tiba-tiba..
Pappp !!!..
Sekali kepala gua terhantuk sama besi bingkai ekon. Lalu
jari jemari gua secara automatik mengusap kepala diiringi dengan dahi berkerut
menandakan sakit itu tak seberapa. Anak mata berkeliaran mencari kalau-kalau
ada orang yang nampak gua langgar benda tu..keh keh keh. Line clear.
Gampang !!
Gua ternampak sekor dua sang kera duk bersila di sebuah
penjuru atas bangunan pada asalnya sedang bermain lawan pemadam beralih memberi
reaksi seperti memerhatikan gerak-geri gua. Gua syak binatang tu nampak gua
terhantuk benda alah tu. Ada yang pekup-pekup mulut sambil kepala
terhangguk-hangguk. Macam gua tak tahu puak dia ketawakan gua. Keh keh keh. Lantas
tangan gua mencapai batu sekeliling gua.
Zasss !!
Batu melayang dengan power menuju sasaran.
Pukkk !!!
Balingan gua tersasar mengena anak burung yang sedang
mengikuti kelas belajar memandu (terbang)..Anak burung tu bernasib baik kerana
tidak jatuh sebab cikgu kelas belajar memandu iaitu ibunya sendiri sudah tambat
tali dekat leher dia.
******
Lalu gua beredar dari situ sambil mulut kumat-kamit
mengenangkan sang kera..Perangai tak ubah seekor kera.
Dasar binatang !!


No comments:
Post a Comment